“Berjawatan Pun Amik Rasuah..” – Suhaimi Saad Tak Nak Anak Ada Sijil Degree, Master & PhD

Hiburan

“Berjawatan Pun Amik Rasuah..” – Suhaimi Saad Tak Nak Anak Ada Sijil Degree, Master & PhD

Rasanya semua sudah ketahui bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team iaitu Suhaimi Saad tidak hantar anak-anaknya pergi ke sekolah dan memilih untuk home schooling.

Sehubungan dengan itu, ramai tertanya bagaimana tahap pembelajaran anak-anaknya di ukur jika tidak menduduki sebarang peperiksaan khusus.

Advertisement

Bagi menjelaskan hal tersebut, Suhaimi telah memuat naik satu video penjelasan di akaun TikToknya dan memberitahu tujuan utama dia memberikan pendidikan kepada anak-anaknya semua kerana Allah S.W.T.

Dalam pada itu, dia turut berkata sijil seperti Degree, Master serta PhD itu semua tidak penting dan itu bukanlah matlamat serta sasaran utama Suhaimi bersama isteri untuk anak-anak.

Menurutnya, dia sudah memasuki pelbagai sekolah sejak kecil hingga dewasa dan masih melihat orang sekeliling tidak mengutamakan perkara wajib iaitu solat lima waktu.

Tambahan lagi, orang-orang yang bekerjaya apabila mendapat jawatan yang sepatutnya pasti akan mengamalkan riba serta menerima dan memberi rasuah. Itulah perkara yang dia tidak mahu terjadi kepada anak-anaknya.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Suhaimi dan merasakan sijil pendidikan itu juga bukanlah perkara besar yang perlu difikirkan terlalu mendalam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

BACA: Dulu ‘Flat-Earth’, Suhaimi Saad Tolak Kepercayaan Allah Berada Di Mana-Mana Pula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...