Dulu ‘Flat-Earth’, Suhaimi Saad Tolak Kepercayaan Allah Berada Di Mana-Mana Pula

Hiburan

Dulu ‘Flat-Earth’, Suhaimi Saad Tolak Kepercayaan Allah Berada Di Mana-Mana Pula

Kembali mencuri perhatian warga maya, bekas penyanyi nasyid In-Team, Suhaimi Saad ada membuat kenyataan yang dianggap ‘berani’ oleh sesetengah pihak berikutan kepercayaan yang diikutinya kini.

Jika sebelum ini, Suhaimi Saad menerusi beberapa hantaran di Facebook lantang membahaskan mengenai pandangannya terhadap bumi yang berbentuk datar, menolak sistem pendidikan di Malaysia dan juga memilih untuk tidak menerima vaksin.

Advertisement

 

 

Terbaru, dakwaan Suhaimi Saad yang menafikan bahawa Allah S.W.T itu ada di mana-mana ternyata telah berjaya menuai respon daripada netizen.

Tulis Suhaimi Saad yang dikenali sebagai Mosus di Facebook, dia tidak percaya beberapa perkara seperti keberkesanan vaksin, bentuk bumi, sistem demokrasi, sistem perbankan, sistem pendidikan, ganja dan ketum itu berbahaya dan Allah itu berada di mana-mana.

Komen Facebook Suhaimi SaadSumber : Facebook Suhaimi Saad  

Meskipun diminta pengikut media sosialnya untuk memberikan penjelasan yang lebih lanjut mengenai kenyataannya itu, Suhaimi menyuruh warga maya untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai ilmu berkaitan agama Islam.

Malah, dia menyifatkan tafsiran ayat kedua surah Al-Fatihah sebagai terlalu umum.

Terdahulu, Suhaimi turut dikecam warga maya apabila dia secara terbuka membincangkan mengenai kisah privasi dan perkara intim bersama pengikut di media sosialnya.

MOsus Suhaimi Saad
1 year lalu

Cerita Kisah Dalam Kain Dan On*ni, Netizen Naik Jijik Dengan Suhaimi Saad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Takut

    December 6, 2021 at 1:08 pm

    Makin lama makin menakutkan mamat ni…

  2. Tempura Shrimp

    December 4, 2021 at 6:13 pm

    Yes… Good for you . ! Mental illness terselah .

Loading...