Pelakon dan juga pelawak, Shahrol Shiro meluahkan rasa kurang senang dan tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkan Harith Iskander yang mempersoalkan kredibilti anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam urusan bantuan kepada mangsa banjir.
Ujar Shahrol, dia selaku anak kepada bekas tentera terasa hati dengan kenyataan tersebut yang seolah-olah tidak melihat pengorbanan pasukan ATM yang turun menunaikan tanggungjawab mereka.
Berilah sedikit hormat buat petugas-petugas, anggota-anggota serta semua yang hadir memberi bantuan, bukan mencari siapa yang salah.
Jika anda kata tidak nampak ATM turun membantu, saya sertakan gambar mereka yang turut serta dalam menyelamatkan mangsa banjir.
Shahrol dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada anggota ATM yang bertungkus lumus siang dan malam menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa tragedi buruk itu.
Terdahulu, Harith ada membuat kenyataan di mana dia mendakwa tidak melihat sebarang anggota ATM bertugas di kawasan terjejas banjir iaitu di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.
Four days/nights on ground zero in Shah Alam, Banting, Hulu Langat – i havent seen any Angkatan Tentera around. Are they only allowed to jump in when this national disaster is declared a Darurat? An amphibian military vehicle would be VERY useful in saving lives in Tmn Sri Muda
— Harith Iskander (@HarithIskander) December 22, 2021
Sehubungan itu, dia kemudian tampil mempersoalkan adakah tentera hanya akan turun padang jika bencana yang melanda negara diklasifikasikan sebagai darurat oleh kerajaan.
Shahrol juga menambah bahawa semua pihak termasuk anggota tentera dan badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai peranan masing-masing meskipun dilanda tekanan akibat bencana.
“Situasi ini bukan masanya kita mencari salah mana-mana pihak. Mana-mana pihak yang sampai awal hulurkanlah bantuan apa yang termampu agar beban yang ditanggung mangsa dapat diringankan.” ujar Shiro.