“Berikan Saya Waktu..” – Anak Bongsu Mamat Khalid Terkilan Tak Dapat Ziarah Jenazah Bapa

Hiburan

“Berikan Saya Waktu..” – Anak Bongsu Mamat Khalid Terkilan Tak Dapat Ziarah Jenazah Bapa

Anak bongsu kepada Allahyarham Mamat Khalid iaitu Ann Khalid yang kini sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom tidak sempat menziarah jenazah arwah bapanya.

3 years ago

"Saya Akan Teruskan Apa Yang Dia Usahakan" - Anak Mamat Khalid Mahu Sambung Legasi

Advertisement

Hasmah Hassan, isteri kepada allahyarham Mamat Khalid mendedahkan anak perempuannya itu, satu-satu anak mereka yang tidak sempat menziarahi jenazah arwah suaminya.

Ann Khalid

Kata Hasmah, Ann yang turut mesra dengan panggilan Baby dalam kalangan keluarga kini sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom.

Bila dapat tahu, dia menangis terlalu kuat sampai semua orang sekeliling terkejut. Polis pun datang.

Ann atau nama sebenar Nuhassanah Mohamad yang baru sahaja lebih kurang setahun menyambung pelajaran di UK dan mendapat tahu berita tentang bapanya dari media sosial kerana sedang bekerja part time ketika dihubungi ibunya.

Anak bongsu daripada lima beradik itu kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan, University of East Anglia, Norwich, England.

Dia bukan hanya sebahagian daripada diri saya tetapi dia hidup dalam setiap sanubari rakyat Malaysia di luar sana.

Ann memaklumkan dirinya masih bersedih dan memerlukan sedikit ruang dan masa untuk memulihkan semangat selepas kehilangan bapa tercinta. Namun, Ann turut berterima kasih kepada kenalannya yang berada di Norwich yang melaksanakan bacaan tahlil buat arwah bapanya.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...