“Saya Akan Teruskan Apa Yang Dia Usahakan” – Anak Mamat Khalid Mahu Sambung Legasi

Hiburan

“Saya Akan Teruskan Apa Yang Dia Usahakan” – Anak Mamat Khalid Mahu Sambung Legasi

Anak keempat kepada Allahyarham Mamat Khalid iaitu Mohd Khalid Amen tidak mahu legasi yang ditinggalkan bapa tercinta dalam bidang pengarahan berakhir begitu sahaja.

Ellie Suriaty
1 bulan lalu

Dipulau Kerana Berbeza Fahaman Politik, Ellie Suriaty Dedah Mamat Khalid Beri Peluang Untuknya Kembali Berlakon

Advertisement

Amen, 25, akui kehilangan bapanya menjadi tamparan hebat buat dirinya. Amen tekad menyambung projek melibatkan arwah yang belum selesai. Dia bersyukur apabila arwah sedikit sebanyak mengajar dan memberi pendedahan kepadanya dalam bidang tersebut.

Khalid Amen

Beberapa minggu sebelum bapanya pergi, Amen berkata arwah pernah minta dia supaya menjaga ibu dan keluarga. Malah, memberi banyak peluang kepadanya untuk mengarah.

InsyaAllah… saya akan teruskan apa yang dia usahakan sebab itu yang dia nak sangat saya teruskan.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berkata mereka bersedia untuk meneruskan projek naskah akhir Allahyarham Mamat Khalid yang tidak sempat disempurnakan.

Amen berjanji untuk melakukan yang terbaik jika diberi peluang meneruskan projek berkenaan walaupun akui berasa gementar dan tidak yakin kerana projek yang ditinggalkan bapanya itu merupakan projek besar tetapi jika Tuhan izinkan dia akan menyambungnya.

Saya yakin mengarah tapi saya kena study dulu karya-karya papa dengan ilmu yang papa bagi.

Advertisement

Berhubung perkara itu, pengurusi FINAS Zakaria Abdul Hamid berkata pihaknya akan berbincang dengan ahli keluarga Allahyarham untuk menjalankan penggambaran filem bertajuk Pasir Salak Pasir Berdarah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...