Nampaknya kemelut di antara Dato’ Seri Vida dan Aishah semakin berpanjangan. Kedua-dua pihak mempunyai tuntutan masing-masing. Jalan keluar yang perlu dicari bersama-sama tidak kelihatan. Semalam, Dato’ Seri Vida telah pun membuat 3 tuntutan kepada Aisyah selepas juara Gegarvaganza itu menuntut Dr. Vida untuk memohon maaf secara terbuka selain meminta usahawan kosmetik terkenal itu menggantikan rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000.
Oleh kerana kemelut ini telah menglibatkan undang-undang, Aishah enggan memberi sebarang komen selepas diberikan nasihat oleh peguamnya. Kata Aishah:-
Setakat ini saya telah dinasihatkan pihak peguam untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Bagi saya masa dan ruang berbincang terlebih dahulu.
Pada pandangan Abang Nara, masalah ini sudah tentu dapat diselesaikan sekiranya DS Vida dan Aishah bertemu mata ke mata serta berbincang. Apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan menerusi sidang media, sudah tentu ia akan memburukkan lagi keadaan. Diharap ada pihak yang akan mengalah untuk memastikan kemelut ini diselesaikan tanpa perlu naik ke mahkamah. Sama-sama kita doakan. Sumber Utusan Online.