Beri Makan Anjing Di Jalanan, Tindakan Zara Zya Dipuji Peminat

Hiburan

Beri Makan Anjing Di Jalanan, Tindakan Zara Zya Dipuji Peminat

Tindakan pelakon Zara Zya yang memberi makan anjing-anjing di jalanan baru-baru ini ternyata telah meraih perhatian peminat di media sosial.

Zara Zya
3 years ago

"Jangan Marah-Marah, InsyaAllah Bantuan Akan Sampai Depan Rumah.." - Zara Zya

Advertisement

Usaha murni pelakon drama Seadanya Aku ini juga mendapat pujian ramai dan dia juga kelihatan tidak gentar berhadapan dengan anjing-anjing liar itu.

Ujar Zara, dia akan memberi pertolongan selagi makhluk itu bernyawa dan tidak akan membiarkan haiwan itu kelaparan,

Saya memang suka hulurkan bantuan kepada semua yang memerlukan dan umum tahu saya ada pertubuhan sendiri iaitu Malaysia Prihatin. Semua golongan tidak kira kaum, bangsa ataupun jenis makhluk saya akan bantu. Selagi makhluk itu bernyawa, ada perut dan berasa lapar, Insya Allah saya hulur bantuan.

Katanya lagi, dia juga tidak menyangka usaha kecilnya itu akan mendapat perhatian masyarakat sehingga dapat mendorong mereka untuk melakukan hal yang sama.

Zara juga berharap apa yang dilakukannya itu menjadi asbab kebaikan untuk orang lain melakukan perkara baik terhadap semua insan mahupun haiwan di jalanan.

“Jangan pinggirkan haiwan sebab mereka juga makhluk tuhan..” ujar Zara Zya mengakhiri bicara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...