Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Jangan Marah-Marah, InsyaAllah Bantuan Akan Sampai Depan Rumah..” – Zara Zya

Zara Zya

Pelakon Zara Zya meminta setiap individu yang memohon bantuan daripadanya agar bersabar dan tidak mudah naik marah jika mesej permohonan masing-masing tidak dibalas dengan segera.

Advertisement

Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, dia menerima terlalu banyak hantaran mesej di akaun Instagramnya oleh individu yang memohon bantuan susu serta lampin pakai buang dan turut menerima mesej dari mereka yang meluahkan rasa marah kerana mesej yang dihantar masih tidak dapat balasan.

Jangan marah-marah. Mesej saja maklumat lengkap, InsyaAllah nanti bantuan akan sampai di depan pintu rumah anda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by www.malaysiaprihatin.com (@zarazya)

Pelakon yang kini sedang menggerakkan badan amal Malaysia Prihatin berkata dia tidak akan membalas mesej berkenaan sebaliknya akan terus menghantar bantuan pada yang memohon.

Advertisement
Zara ZyaSumber : IG Zara Zya 

Dalam pada masa yang sama, pelakon drama Korban Kasih itu turut meminta agar orang ramai untuk mendoakan dirinya dilimpah kurniakan rezeki supaya dapat membantu lebih ramai individu yang memohon bantuan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top