Beri ‘Hint’ Difitnah Oleh Seseorang, Ibu Shila Amzah Kongsi Kisah Tauladan – “Adakala Ucapan Tu Sebaiknya Berhenti Di Telinga Kita Saja..”

Hiburan

Beri ‘Hint’ Difitnah Oleh Seseorang, Ibu Shila Amzah Kongsi Kisah Tauladan – “Adakala Ucapan Tu Sebaiknya Berhenti Di Telinga Kita Saja..”

Ibu kepada penyanyi terkenal Shila Amzah yang sempat terbabit di tengah persengketaan antara anak-anaknya itu telah memuat naik sebuah hantaran di Instagram yang memaparkan sebuah kisah kerbau baik yang mati kerana difitnah.

Berdasarkan hantaran tersebut, ia mengisahkan seekor kerbau yang dibunuh tuannya sendiri oleh kerana dikatakan tidak mahu bekerja dengan tuannya lagi. Lalu tuan kerbau itu pun terus membunuhnya tanpa berfikir panjang.

Advertisement

Adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti sampai di telinga kita sahaja.

Fikir baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Ibu Shila yang bernama Fauziah Sarman ini juga menasihat netizen agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Ada kalanya sesuatu perkara itu tidak perlu dihebohkan kepada orang ramai tambahnya lagi.

Ekoran kisah tersebut, warganet mula membuat spekulasi mesej sebenar yang ingin ibu kepada empat orang cahaya mata ini sampaikan. Mulalah timbul teori yang menganggap Fauziah ingin memberikan hint melalui kisah berkenaan.

Oleh itu, kini ia menjadi satu persoalan. Adakah Fauziah hanya sekadar berkongsi cerita ataupun ada niat lain disebalik kisah tersebut.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fauziah sarman
1 year ago

"Ada Peluang Untuk Membalas Dendam Apabila Disakiti Tetapi Memilih Untuk Memaafkan" - Ibu Shila Amzah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...