“Ada Peluang Untuk Membalas Dendam Apabila Disakiti Tetapi Memilih Untuk Memaafkan” – Ibu Shila Amzah

Trending

“Ada Peluang Untuk Membalas Dendam Apabila Disakiti Tetapi Memilih Untuk Memaafkan” – Ibu Shila Amzah

Sejak konflik yang berlaku di antaranya dengan anak, Shila Amzah, bekas isteri ND Lala, Fauziah Sarman memilih untuk berdiam diri dan tidak lagi memberikan apa-apa kenyataan.

Namun, bagi pengikutnya di Instagram pasti sudah tahu Fauziah yang mesra dengan panggilan Mamazie sering berkongsi petikan ayat, nasihat mahu pun kata-kata yang berkait dengan kehidupannya.

Advertisement

fauziah nd lala
9 months ago

"Hidupnya Makin Menderita, Susah Cari Rezeki" - Fauziah Kongsi Petikan Tentang Karma Orang Yang Berbuat Jahat

Semalam, Fauziah ada berkongsi video pendek di Instagram story yang membicarakan tentang ‘orang yang hebat’ apabila dirinya disakiti oleh orang lain.

Orang yang hebat itu adalah orang yang mempunyai peluang untuk membalas dendam tetapi memilih untuk memaafkan.

Video tersebut turut memperkatakan tidak perlu untuk membalas semula kepada individu yang menyakiti kita itu kerana perkara itu akhirnya tidak membezakan diri kita dan orang terbabit.

Sehingga kini, Fauziah masih tidak bertemu dengan Shila Amzah selepas konflik penjualan rumah itu berlaku dan menerusi Instagram story, hari-harinya dilihat dipenuhi dengan menghadiri majlis ilmu bersama rakan-rakan seperti Ziela Jalil.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...