Berhenti Tepi Jalan Untuk Bergambar, PBT Halau Orang Ramai Berkumpul Di Lebuh Raya Bukit Kukus

Kehidupan

Berhenti Tepi Jalan Untuk Bergambar, PBT Halau Orang Ramai Berkumpul Di Lebuh Raya Bukit Kukus

Pada 13 Januari lalu, Lebuh Raya Bukit Kukus di Pulau Pinang telah dibuka secara rasmi kepada orang awam. Diisytiharkan sebagai lebuh raya tertinggi di Malaysia, ianya memiliki ketinggian 60 meter dan lebih tinggi daripada Rawang Bypass yang berketinggian 58.2 meter.

Tidak dinafikan kawasan lebuh raya tersebut memiliki pemandangan yang cukup menarik dan orang ramai juga nampaknya tidak melepaskan peluang untuk merakam foto sepanjang laluan tersebut.

Advertisement
Lebuh raya bukit kukusSumber : Google  

 

Namun, apa yang merisaukan adalah apabila tindakan sesetengah awam yang memberhentikan kenderaan mereka di lorong kecemasan sebelum masing-masing turun untuk mengambil gambar dari lebuh raya tersebut.

Ia sekaligus mengundang bahaya kepada pengguna yang melalui laluan lebuhraya yang sama seperti dapat dilihat menerusi sebuah video TikTok yang dikongsi oleh @nornabillaidzhar ini.

Dalam video tersebut, sebuah kereta peronda Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terpaksa mengambil tindakan ‘menghalau’ mereka yang parkir di tepi jalan dan lorong kecemasan sepanjang lebuh raya tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan bahawa mereka yang memberhentikan kenderaan di lebuh raya itu menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

 

Komen TikTok Bukit KukusSumber : TikTok 

 

Ada yang berpendapat agar pihak berkuasa terus saja menyaman mereka yang berhenti kerana ianya boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas dan juga boleh menjadi faktor punca kemalangan di atas lebuh raya tertinggi Malaysia itu.

Sekadar info, Lebuhraya Bukit Kukus itu telah menelan kos pembinaan sebanyak RM 545.6 juta dan menghubungkan lalu lintas tiga laluan utama dari Paya Terubong – Bukit Jambul dan Balik Pulau – Jalan Tun Sardon.

hotel
3 years ago

"Lama Simpan Duit Nak Bawak Anak Jalan Tapi.." - Pelanggan Kesal, Pengurusan Hotel Buat Laporan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...