“Lama Simpan Duit Nak Bawak Anak Jalan Tapi..” – Pelanggan Kesal, Pengurusan Hotel Buat Laporan Polis

Kehidupan

“Lama Simpan Duit Nak Bawak Anak Jalan Tapi..” – Pelanggan Kesal, Pengurusan Hotel Buat Laporan Polis

Baru-baru ini tular, satu video di TikTok berkenaan luahan seorang pelanggan yang mendakwa pihak hotel gagal memberi layanan dan bersikap tidak ambil berat dengan kemalangan yang menimpa anaknya.

Pihak pengurusan hotel tersebut telah membuat laporan polis terhadap video berkenaan dan menafikan tidak mengambil berat terhadap kejadian yang menimpa keluarga mangsa.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan itu daripada seorang wanita yang merupakan seorang pekerja bahagian pengurusan hotel tersebut.

hotel

Ini ekoran daripada insiden seorang anak kepada pelanggan hotel mengalami kecederaan melecur sebanyak enam peratus pada bahagian tangan dan badan akibat terkena tumpahan air panas.

Menurutnya, pihak keluarga telah membuat aduan dengan mendakwa pengurusan hotel gagal dalam aspek pengubahsuaian dan kedudukan susun atur barang di dalam bilik sehingga menyebabkan kejadian berlaku kepada anaknya.

Pihak pengurusan hotel rasa simpati atas kejadian dan telah memulangkan semula bayaran hotel kepada keluarga mangsa.

@harunarrashid123

? Do’aku – Haddad Alwi

Terdahulu, video berdurasi 52 saat yang memaparkan kaki peti ais yang diubahsuai menyebabkan kedudukannya tidak stabil lalu terjatuh.

Lebih malang, bersebelahan peti ais tersebut terdapat cerek elektrik dengan air yang baru dipanaskan turut terjatuh dan terkena pada anaknya sehingga melecur.

jururawat mulut laser
2 years ago

"Masa 'Buat' Dengan Suami Ok Pula" - Wanita Kecewa Jururawat Perli Mengada Masa 'Contraction'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...