Pada ketika ini, siapa saja yang tidak mengenali influencer serta usahawan, Khairul Aming yang sering memuat naik video masakan di media sosial dan merupakan pemilik sambal botol terkenal iaitu Sambal Nyet.
Boleh dikatakan kejayaan yang dimiliki pada hari ini bukan satu perjalanan yang mudah dan banyak liku-liku kehidupan yang telah dilalui oleh Khairul Aming hingga menjadi terkenal di kalangan pengguna media sosial.
Biarpun ramai yang menjadikan pempegaruh ini sebagai inspirasi, baru-baru ini, terdapat satu ciapan viral di Twitter yang mendakwa Khairul Aming adalah berhala yang disembah masyarakat dan pemilik ciapan tersebut menerima kecaman yang hebat kerana berkata sedemikian.
Khairul Aming adalah salah satu berhala yang disembah ramai.
Jauhilah dari menyembah berhala berhala ciptaan Taghut yang melalaikan manusia kerana tidak ada apa yang dapat berhala ini semua lakukan untuk anda.
Allah jua yang dapat menyelamat dan melindungi.
— Insan Kamil (@khalids) September 26, 2022
Menurutnya, pada ketika ini ramai yang ‘menyembah’ jejaka terbabit dan ia perlu dielakkan serta merta kerana KA merupakan berhala yang dicipta oleh Taghut dimana akan melalaikan manusia.
Bukan itu saja, dia juga mendakwa golongan yang terlalu meminat influencer terbabit tidak akan dapat sebarang manfaat serta menegaskan hanya Allah mampu melindungi dan menyelamatkan mereka.
Sehubungan itu, ramai netizen tidak mendiamkan diri dan menyelar tindakan individu terbabit ‘menyuarakan’ pandangan yang tidak masuk akal seperti itu.
Netizen kebanyakkannya bertegas bahawa mereka hanya menjadikan Khairul Aming sebagai idola kerana berjaya mencipta kejayaan pada usia yang muda.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.