Sejak kerajaan Malaysia bertukar minggu lalu, beberapa selebriti tempatan dengan rasa bangganya menzahirkan sokongan buat Tun Mahathir di media sosial meskipun ada sesetengahnya sebelum ini tidak pernah peduli tentang soal politik dalam negara. Malah, ada yang sebelum ini merupakan penyokong tegar BN tetapi tiba-tiba beralih arah dan memuji pihak PH.
Berikutan hal itu, netizen meyifatkan mereka ibarat ‘lalang’ kerana tiba-tiba memuji Tun M dan juga wawasan beliau untuk memulihkan kembali ekonomi tanah air.
Rasa geram melihat rakan-rakannya dibuli oleh “keyboard warrior” dan “mak cik bawang”, Neelofa menerusi Insta Stories beliau meminta agar tiada pihak yang terus menyalahkan ataupun mengecam selebriti.