“Berhenti Jadikan Kaabah Sebagai Alat ‘Marketing'” – PU Rahmat Tegur ‘Founder’ Jual Produk Dekat Masjidil Haram

Kehidupan

“Berhenti Jadikan Kaabah Sebagai Alat ‘Marketing'” – PU Rahmat Tegur ‘Founder’ Jual Produk Dekat Masjidil Haram

Berniaga sememangnya digalakkan di dalam agama Islam kerana menurut Nabi SAW sembilan persepuluh daripada punca rezeki adalah menerusi perniagaan.

Akan tetapi, sesetengah peniaga mengendahkan syarat-syarat berniaga dalam Islam sehingga mendatangkan ketidakberkatan dalam mencari rezeki.

Advertisement

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya, dia menegur segelintir founder yang sanggup mempromosi produk di hadapan Kaabah.

Jelasnya, Kaabah tidak sepatutnya dijadikan sebagai alat pemasaran dan berharap agar pengasas produk berhenti membawa barang jualan ke dalam kawasan Masjidil Haram.

Wahai founder produk. Berhenti jadikan Kaabah sebagai alat marketing. Berhenti bawa produk kamu ke dalam kawasan Masjidil Haram.”

Dalam pada itu, PU Rahmat sempat berkongsi sabda Nabi SAW berkaitan jual beli di kawasan beribadat.

Pada akhir coretannya, PU Rahmat turut berharap agar pengasas produk yang menggunakan Kaabah sebagai alat dagangan tidak maju dalam perniagaan yang dijalankan.

Jika kamu tidak insaf dan memohon maaf, inilah doa saya, semoga bisnes kamu lingkup wahai founder produk yang menggunakan Rumah Allah sebagai alat dagangan.”

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

2 years ago

"Tempat Berniaga Tu Tak Kena"- Ustazah 'Promote' Suplemen Minda Depan Kaabah Ditegur Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...