Penyanyi rap, Cat Farish berkongsi pengalamannya yang pernah menghidapi penyakit Sleep Apnea atau gangguan tidur suatu ketika dahulu.
Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli berkata, keadaannya pada waktu itu agak membimbangkan dan dia pernah terlelap ketika sedang berhenti di lampu isyarat sewaktu memandu kereta.
Menurut anggota kumpulan Ruffedge itu, masalah Sleep Apnea yang dialaminya agak teruk sehingga setiap kali dia masuk sahaja kereta dia akan terus tertidur.
Contohnya, kalau nak ke Johor saya memang akan tidur dari Kuala Lumpur sehingga sampai ke destinasi.
Tambah Cat, 47, Sleep Apnea yang dialaminya itu adalah disebabkan oleh masalah berat badan yang berlebihan.
Waktu tu berat saya sekitar 130 kg. Disebabkan banyak lemak saluran pernafasan menjadi sempit. Tambah pula saya tak cukup rehat.
https://www.instagram.com/p/CUctxFmBRfE/
Oleh yang demikian, penyanyi lagu Rimas itu mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan. Namun disebabkan Cat mempunyai isu jantung, dia tidak boleh melakukan senaman dan doktor menasihati agar dia menjalani pembedahan Bariatric Surgery.
Cat bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila berat badannya sudah pun turun sekaligus sembuh dari Sleep Apnea.