Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Cat Farish Selamat Nikahi Pereka Fesyen Selepas 4 Tahun Menduda

Selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang pereka fesyen tempatan Suriani Hassan, penyanyi dan pelakon terkenal Cat Farish kini sah menjadi bergelar suami kembali dalam sebuah majlis ringkas di Negeri Sembilan pada pagi tadi.

Advertisement

Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Cat yang juga salah seorang ahli kumpulan Ruffedge dalam sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Cat dilihat tampil menyajikan sekeping gambar bersama isterinya di luar Pusat Dakwah Islamiah di Negeri Sembilan kepada umum dengan kapsyen ringkas.

Dalam pada itu, menurut laporan Oh My Media, isterinya Suriani dipercayai merupakan seoang ibu tunggal.

Advertisement

Malah, Suriani juga dilihat tidak ketinggalan berkongsi semula beberapa posting daripada pengguna lain ketika sesi berinai yang diadakan semalam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Cat dilihat seakan teruja dengan berita gembira itu.

Selain menzahirkan ucapan tahniah, mereka juga tidak terlepas menitip doa agar hubungan yang terjalin kini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, Cat sebelum ini pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli pada Mei 2007 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nia Karlyssa, Eva Latheefa dan Qul Iskandar.

Namun, segalanya musnah dan hanya mampu bertahan selama sembilan tahun sahaja selepas kedua-dua mereka disahkan telah bercerai sekitar April 2016.

Sumber: Oh My Media

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama