Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Berhati-Hati Di Jalan Raya, Sofia Jane Bagi Nasihat Khas Buat ‘Rider’

Sofia Jane

Pelakon jelita pujaan ramai, Datin Sofia Jane baru-baru ini ada menyampaikan pesanan khas buat para ‘rider’ atau penghantar makanan di luar sana agar lebih berhati-hati di jalan raya apabila keluar mencari rezeki.

Teguran tersebut dibuat khas Sofia Jane menerusi beberapa hantaran twit di media sosial Twitter miliknya untuk pedoman para peminat.

Advertisement
Sofia JaneSumber : Twitter Sofia Jane  

“Saya mohon kepada penunggang motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah. Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi janganlah sampai nak menjemput maut.”

Ujar Sofia lagi, dia juga kurang senang dengan sikap pengguna jalan raya yang suka menggunakan hon terhadap pejalan kaki. Baginya, pengguna jalan raya sepatutnya memperlahankan kenderaan di kawasan pejalan kaki dan juga kawasan perumahan.

 

Twitter Sofia JaneSumber : Twitter Sofia Jane  

Jarang nak dengar pelakon senior seperti Sofia Jane tampil memberi nasihat seperti itu. Pastinya sudah keterlaluan sehinggakan diberi teguran sedemikian.

Apa-apapun, teguran pelakon filem Sayang Salmah itu harus diambil iktibar memandangkan terlalu ramai orang tidak kiralah penghantar makanan ataupun bukan sering saja melanggar peraturan di atas jalan raya.

BACA: Sofia Jane Kongsi Gambar Perkahwinan 25 Tahun Lalu, Netizen Puji Masih kekal Cantik Dan Awet Muda

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. anonymous

    June 26, 2021 at 12:54 pm

    betul sangat this rider most of them very selfish and arrogant too….it happened many times they like to ride in the middle of the road so fucked up klau kena langgar ajak geng provok lepas tu viralkan and play victim …ko ingat jln ko punya sorang kahh so hannnjjjjjj

    • anon

      June 26, 2021 at 12:59 pm

      yang suka naik besikal pun sama nasib baik sekarang pkp lega aku kalau tak kita nak drive sometimes in hurry nak cepat nak kena jaga dorang pulak!

  2. Anonymous

    June 26, 2021 at 10:44 am

    Betul

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top