Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sofia Jane Kongsi Gambar Perkahwinan 25 Tahun Lalu, Netizen Puji Masih Kekal Cantik Dan Awet Muda

Meskipun sudah berusia 48 tahun, pelakon berdarah kacukan Inggeris Sofia Jane masih kekal anggun dan cantik meskipun sudah bergelar isteri dan seorang ibu.

Advertisement

Baru-baru ini, menerusi ruangan Twitter, Sofia Jane ada berkongsi gambar perkahwinannya dan perkembangan dirinya terkini. Dia yang jarang sekali berkongsikan kehidupan peribadinya kepada umum, ternyata telah menarik perhatian netizen di luar sana dengan foto-foto kenangannya itu.

Advertisement

Menulis kapsyen ringkas, ‘Jubli Perak’ sesuai dengan usia perkahwinan Sofia dan suami yang sudah memasuki 25 tahun, dia berkongsi foto ketika masih muda dan juga gambar terkini bersama suami, Dato’ Meor Azman Mohamed.

Peminat yang menantikan perkembangan terkini pelakon cantik itu rata-rata memuji kecantikan Sofia Jane yang seperti tidak dimamah usia meskipun sudah hampir tiga dekad mendirikan rumah tangga.

Pelakon Sofia Jane yang popular dengan filem Mira Edora ini telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada usia 23 tahun iaitu pada tahun 1995 dan kini bahagia dengan kehadiran tiga orang cahaya mata.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. Anonymous

    September 21, 2020 at 1:57 pm

    Film Isteri,Perempuan Dan….menaikan nama beliau selepas itu dan mengunguli Anugerah berprestej film Malaysia

  2. Anonymous

    September 14, 2020 at 9:08 am

    Kagum dgn pasangan ini..low profile…kaya tak menjamin apa apa…ramai je kawin ngan orang kaya end up bercerai berai…pasangan ini boleh dijadikan contoh.

  3. Anonymous

    September 12, 2020 at 6:15 pm

    Kahwin dgn org kaya.yela maintain cantik..serba cukup.cuba Kita rakyat marhaen yg biasa ni.kahwin cantik.serba kekurangan.memag X tegag la

  4. Anonymous

    September 11, 2020 at 6:58 pm

    Cinta kita yg dye korbankn rambut utk berlakon jd tomboy dlm filem tu

  5. Anonymous

    September 11, 2020 at 4:56 pm

    yg popular dgn film mira edora, julia rais bukan sofia jane. walaupun sofia jane mmg ada berlakun dlm film tu, tp jd extra je. byk film2 lain dia yg boleh buat contoh instead of ‘mira edora’.

    • Anonymous

      September 14, 2020 at 8:57 am

      hahaha tak buat homework ke?

Loading...
To Top