Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati dengan gurauan terlampau beliau ketika mengacarakan program Gegar Vaganza 4.
Nabil akui beliau juga ditegur pihak Astro berhubung isu tersebut dan sudah mengurangkan gurauan kasar pada konsert GV4 minggu lalu.
Ya, mereka ada menegur saya. Maafkan saya jika ada yang terasa hati lagi. Tetapi, saya sudah sedaya upaya mengurangkan kata-kata atau gurauan kasar yang mungkin menyakitkan hati mana-mana pihak.
Terdahulu, aksi Nabil yang memegang bahagian leher Hazami ketika juri sedang memberikan komen dikecam netizen yang menyifatkan tindakan Nabil itu sangat biadap dan tidak profesional sebagai pengacara. Selepas itu, Chef Wan secara terbuka ada menegur gaya pengacaraan Nabil dan Jihan Muse. Chef Wan berpendapat lawak lucah yang dilakukan agak keterlaluan. Mereka juga seharusnya menghormati tetamu dan tidak terlalu merapu ataupun mengaibkan orang lain ketika mengacara.