‘Bergurau Je Sebenarnya…”- Hafreez Adam Mohon Maaf Tiada Niat Malukan Wanita Di Media Sosial

Hiburan

‘Bergurau Je Sebenarnya…”- Hafreez Adam Mohon Maaf Tiada Niat Malukan Wanita Di Media Sosial

Apabila bergelar selebriti, segala perkara yang dilakukan sama ada baik ataupun salah pasti akan ada yang mengecam.

Itulah yang terjadi kepada pelakon, Hafreez Adam apabila tindakannya yang secara tidak sengaja mendedahkan gambar profil wanita di media sosial.

Advertisement

Menurut Hafreez, niat wanita itu hanyalah untuk bergurau semata-mata untuk ‘content’ TikTok menerusi DM (direct message).

Walaupun begitu, respon Hafreez yang disifatkan dingin itu juga sebenarnya hanyalah gurauan kepada individu itu dan telah dianggap serius bagi sesetengah orang.

Selain itu, Hafreez juga menerangkan bahawa dia tahu tentang ‘trend’ di TikTok yang diberi nama sebagai #tiktoktrendgonewrong yang sedang tular di media sosial itu.

Idea untuk TikTok itu juga sebenarnya datang daripada Hafreez sendiri dan mengaku salahnya apabila dia terlupa untuk menutup gambar wanita itu semasa berkongsikan perkara tersebut ke ‘public’ kerana seronok berkongsi perkara lucu.

Sumber : Murai  

Hafreez juga telah memadam perkongsiannya berkenaan perkara itu serta meminta maaf kepada orang yang tersinggung dengan perkara berkenaan dan berharap agar netizen berhenti menyebarkan kebencian terhadap orang lain.

Emma Maembong Dikecam Sebab Penampilan eksi
2 years ago

"Hidayah Milik Allah.." - Didakwa Terlampau S*ksi, Penampilan Emma Maembong Undang Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...