“Bergurau Hal Mati, Tak Dididik Ke?” – Diva AA Terasa Baca Komen, Minta Netizen Berbudi Pekerti

Hiburan

“Bergurau Hal Mati, Tak Dididik Ke?” – Diva AA Terasa Baca Komen, Minta Netizen Berbudi Pekerti

Cukup dikenali sebagai selebriti yang mempunyai mulut lantang, pengacara sensasi Azwan Ali bagaimanapun terasa hati apabila membaca komen dari netizen baru-baru ini yang mendoakan kecelakaannya.

Sedia maklum, Azwan atau mesra dikenali sebagai Diva AA itu dimasukkan ke pusat perubatan akibat keracunan makanan dan memaklumkan hal itu di dalam media sosialnya.

Advertisement

Diketahui ramai mengenai berita itu, banyak warganet yang meninggalkan komen yang dianggap Diva AA keterlaluan serta menasihati masyarakat didik diri supaya lebih berbudi pekerti dan tidak mendoakan keburukan sesama manusia.

azwan aliSumber : Google  

Bergurau dengan hal mati, sakit.. tak dididik ke? Kalau orang tu sakit, bermusuh macam mana pun pergi melawat dia.

Bercerita lanjut tentang masalah keracunan makanan yang dialami Diva AA itu, dia mengesyaki berpunca dari burger yang dibeli dari sebuah gerai tepi jalan pada malam kejadian.

Bagaimanapun, dia menyalahkan diri sendiri kerana tidak memeriksa dulu burger terbabit sebelum menjamah akibat terlalu lapar.

Advertisement

Ketika ditanya oleh pihak mStar tentang penglibatannya di media sosial akan terjejas ataupun tidak selepas dipilih menjadi hos Mic On!, beliau berkata sama sekali tidak akan berhenti dari memberi kritikan ‘pedas’ di platform tersebut.

Sekadar info, rancangan Mic On! musim kedua bakal mula bersiaran di saluran Awesome TV bermula 28 Januari pukul 9 malam.

Diva AA
6 bulan lalu

"Gelupuh Kahwin Tapi Majlis Tak Ikut SOP?" - Diva AA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    January 24, 2022 at 4:43 pm

    Pandai pulak dia terasa ye

  2. Jalak

    January 24, 2022 at 9:20 am

    Eh…eh… Yg mulut dia lancang tu selama ni dah kenapa? Tu tak dididik ke lagi kecil sebab tu lancang bebenor. ?

  3. Anonymous

    January 22, 2022 at 6:08 pm

    ye laa. penat dia berbudi pekerti dgn orang ramai selama ni nokkk. caci maki2 sumpah seranah dia tu contoh berbudi pekerti maha tinggi

  4. Anonymous

    January 22, 2022 at 3:10 pm

    Azwan Ali mintak orang lebih berbudi pekerti…?? Seriously…?????

Leave a Reply to Jalak Cancel reply

Loading...