Cukup dikenali sebagai selebriti yang mempunyai mulut lantang, pengacara sensasi Azwan Ali bagaimanapun terasa hati apabila membaca komen dari netizen baru-baru ini yang mendoakan kecelakaannya.
Sedia maklum, Azwan atau mesra dikenali sebagai Diva AA itu dimasukkan ke pusat perubatan akibat keracunan makanan dan memaklumkan hal itu di dalam media sosialnya.
Diketahui ramai mengenai berita itu, banyak warganet yang meninggalkan komen yang dianggap Diva AA keterlaluan serta menasihati masyarakat didik diri supaya lebih berbudi pekerti dan tidak mendoakan keburukan sesama manusia.
Bergurau dengan hal mati, sakit.. tak dididik ke? Kalau orang tu sakit, bermusuh macam mana pun pergi melawat dia.
Bercerita lanjut tentang masalah keracunan makanan yang dialami Diva AA itu, dia mengesyaki berpunca dari burger yang dibeli dari sebuah gerai tepi jalan pada malam kejadian.
Bagaimanapun, dia menyalahkan diri sendiri kerana tidak memeriksa dulu burger terbabit sebelum menjamah akibat terlalu lapar.
Ketika ditanya oleh pihak mStar tentang penglibatannya di media sosial akan terjejas ataupun tidak selepas dipilih menjadi hos Mic On!, beliau berkata sama sekali tidak akan berhenti dari memberi kritikan ‘pedas’ di platform tersebut.
Sekadar info, rancangan Mic On! musim kedua bakal mula bersiaran di saluran Awesome TV bermula 28 Januari pukul 9 malam.