“Bergetah Lagi Ni”- Ain Husniza Jadi ‘Subjek L*cah’ Bekas Rakan Sekelas, Bapa Buat Laporan Polis

Berita

“Bergetah Lagi Ni”- Ain Husniza Jadi ‘Subjek L*cah’ Bekas Rakan Sekelas, Bapa Buat Laporan Polis

Pada minggu lepas, bapa kepada Ain Husniza telah memuat naik satu entri di Twitter menunjukkan beberapa komen lucah mengenai anaknya di laman Tumblr.

Menurut Saiful Nizam, komen tersebut dibuat oleh bekas rakan sekelas Ain sendiri yang berkongsi tentang ‘fantasi seks’ melibatkan anaknya itu.

Advertisement

Menerusi perkongsian Saiful juga, difahamkan pelaku telah dikenal pasti berusia 17 tahun dan mengakui perbuatannya. Malah, kedua ibu bapa pelaku juga sudah dimaklumkan tentang perbuatan anak mereka itu.

Meskipun begitu, Saiful dan anak gadisnya itu tetap membuat laporan polis atas nasihat daripada peguam mereka untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Atas nasihat peguam, saya akan failkan laporan polis terhadap pelaku ini untuk tindakan lanjut. Moga jadi iktibar untuk kita dan yang lain-lain juga.”

Menurutnya lagi, rupa-rupanya bukan Ain seorang sahaja menjadi mangsa namun pelajar perempuan lain juga turut menjadi bahan fantasi lucah si pelaku.

Sekali lagi, budak yang sama mempunyai fantasi seks liar. Mangsa kali ini dan pelaku adalah satu kelas dgn Ain di sekolah lama.”

Menurut FMT, polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap komen itu dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

Baca: (VIDEO) Youtuber Gunakan Perkataan Lucah & Mengkritik Kerajaan Ditahan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...