(VIDEO) Youtuber Gunakan Perkataan Lucah & Mengkritik Kerajaan Ditahan Polis

Trending

(VIDEO) Youtuber Gunakan Perkataan Lucah & Mengkritik Kerajaan Ditahan Polis

Seorang Youtuber, Apit Wan Lebar ditahan pihak polis malam isnin lepas selepas video ‘perutusan PKP kome’ yang dimuatnaiknya itu tular di Facebook. Youtuber itu ditahan malam Isnin lepas kerana menggunakan perkataan lucah selain mengkritik kerajaan di dalam video berkenaan.

Advertisement

Penahanan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah selepas youtuber tersebut hadir untuk memberi keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memulakan penghantaran dengan niat mengganggu orang lain dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 kerana menghina.

Individu tersebut mengeluarkan video berunsur lucah dan menggunakan perkataan berbaur lucah di dalam video tersebut selain mengkritik kerajaan.

Kita akan rujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya. Kalau ada kes, kita akan tuduh di mahkamah.

Bukan tu je, dakwaan Apit yang kononnya seorang pelayan pelanggan di Ipoh adalah punca wujudnya Kluster Jalan Canning Estate telah dinafikan Ketua Polis Perak.

Wanita warganegara China itu mempunyai pasport yang sah dan menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua. Wanita tersebut memang bekerjaya tetapi tidak pernah ke pusat hiburan tersebut sebaliknya pulang ke rumahnya di Ipoh.

Jadi saya tak tahu bagaimana timbul cerita wanita ini ke pusat hiburan dan mencetuskan kluster Canning Estate sedangkan perkara itu tidak benar.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...