Berebut Seorang Janda, Punca Mangsa Dibunuh Dan Dikerat 10 Bahagian

Trending

Berebut Seorang Janda, Punca Mangsa Dibunuh Dan Dikerat 10 Bahagian

Susulan kes mayat seorang lelaki telah dikerat dengan 10 bahagian dan disembunyikan di dalam saliran longkang di Jalan Kesang Laut, Ahad lalu, polis telah berjaya mengenal pasti identiti mangsa tersebut.


8 years ago

Mayat Remaja Lelaki Ditemui Dikerat Beberapa Bahagian Dan Kepala Ditanam

Advertisement

Mangsa, Omar Miskam, 49, yang bekerja sebagai pemandu jengkaut ditemui maut ditetak oleh suspek berusia 19 tahun di bahagian kepala dengan parang, sebelum mayatnya dikerat kepada 10 bahagian.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, kejadian dipercayai berlaku di antara jam 12 tengah malam pada 31 Oktober sehingga awal pagi keesokan hari sebelum mayat mangsa ditemui pada Ahad, jam 3.15 petang.

The Malay Mail Online melaporkan, sebelum mangsa dibunuh, dipercayai berlakunya perebutan di antara mangsa dengan suspek (remaja OKU) terhadap seorang janda.

Suspek yang juga pelajar Pusat Giat Mara, mempunyai satu rekod jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut pada tahun 2013.

Janda berusia 23 tahun, pelajar sebuah Kolej Komuniti itu juga dilaporkan telah membantu suspek utama melakukan jenayah itu.

Seorang lagi lelaki berusia 56 tahun juga dilaporkan turut dipercayai terlibat membantu suspek utama membuang mayat mangsa.

“Lelaki tersebut yang juga bapa saudara suspek utama dipanggil ke lokasi untuk meminjamkan van untuk membuang mayat mangsa tetapi tidak jadi, lalu mayat mangsa disorokkan dalam saliran longkang rumah tersebut. 

“Pada malam kejadian, ahli keluarga suspek utama turut berada di dalam rumah. Namun tidak mendengar dan mengetahui kejadian tersebut kerana hujan lebat pada ketika itu,” katanya.

Polis turut merampas sebilah parang, sebatang cangkul, sembilan buah telefon bimbit, dua buah kereta dan sebuah van dan motosikal.

Memetik laporan Utusan Malaysia, jenazah Omar Miskam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Panchor pada jam 8.15 malam tadi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...