Mayat Remaja Lelaki Ditemui Dikerat Beberapa Bahagian Dan Kepala Ditanam

Trending

Mayat Remaja Lelaki Ditemui Dikerat Beberapa Bahagian Dan Kepala Ditanam

Mayat seorang remaja lelaki telah ditemui dalam keadaan ngeri dengan dikerat beberapa bahagian, dibungkus dalam lima beg plastik dan disorok dalam saluran longkang di tepi parkir sebuah rumah di Kampung Kesang Laut.

Advertisement

Harian Metro melaporkan, polis kini masih menjalankan siasatan motif pembunuhan dan mangsa dikatakan bukan penduduk kampung tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Idris Samsuri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 petang oleh pemilik rumah yang menemui pergelangan kaki.

Sepasukan polis kemudian dikejarkan ke lokasi.

Hasil siasatan awal, kami menemui lima bungkusan plastik yang disumbat dalam dalam saluran longkang di tepi rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, polis yang menggeledah rumah dan kawasan sekitar kemudian menemui kepala mangsa yang ditanam berhampiran rumah itu.

Kami percaya mangsa, seorang remaja lelaki dibunuh di tempat lain dan berdasarkan keadaan anggota badan, mungkin kejadian berlaku lebih tiga hari lalu,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, tidak sampai sejam selepas menerima laporan kejadian itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, BH Online melaporkan mangsa dipercayai seorang lelaki di bawah 20 tahun.

Sumber: Harian Metro, BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...