Berdisiplin Dan Cantik : Fasha Sandha Puji Raysha Rizrose

Hiburan

Berdisiplin Dan Cantik : Fasha Sandha Puji Raysha Rizrose

Fasha Sandha merupakan aktres yang ckp mementingkan komitment ketika bekerja serta mempunyai disiplin yang sangat tinggi ketika berada di set penggambaran. Fasha juga lantang bersuara dan menegur beberapa pelakon baru sebelum ini yang tidak menepati waktu ketika sama-sama menjayakan drama bersamanya.

Walaubagaimanapun, kali ini Fasha memuji sikap pemenang Dewi Remaja 2015, Raysa Rizrose dalam satu foto di akaun Instagram miliknya. Ibu kepada  dua orang anak itu menggemari sikap Raysha yang mahu belajar.

Advertisement

Raysha seorang yang bagus, cantik dan berbakat. Sebagai seorang pelakon baru, Raysha mahu belajar mengenai bidang lakonan dari pelakon senior. Tak ramai pelakon baru yang mempunyai sikap yang willing to learn. Saya harap kerjaya Raysha akan lebih maju lagi selepas ini.

Raysha telah diberikan kepercayaan oleh pengarah Sabri Yunus untuk membintangi filem arahan beliau bertajuk Dukun Doktor Dani disamping Fasha Sandha, Taufik Batisah, Khatijah Tan, Yus Jambu dan beberapa artis ternama lain, sebaik sahaja beliau dimahkotakan sebagai Dewi Remaja 2015.

Dalam pertandingan Dewi Remaja 2015, Raysha yang baru sahaja berusia 18 tahun berjaya menewaskan beberapa orang gadis cantik lain yang lebih berusia darinya seperti Mawar Rashid, Syamim Farid dan ramai lagi.

Kalau aktres ternama Fasha Sandha sudah puji Raysha Rizrose maka ini merupakan satu permulaan yang baik buat Raysha, kekalkan imej tersebut dan kami pasti selepas ini anda boleh pergi jauh dalam industri hiburan.

 

Sumber Berita: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...