Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rezeki Menang Dewi Remaja: Raysha Rizrose Ditawar Berlakon Filem

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu, itulah ungkapan yang paling sesuai untuk Raysha Rizrose, baru sahaja di mahkotakan sebagai Dewi Remaja 2015 kini adik kepada pelakon terkenal Uqasha dan Nelydia Senrose ini sudah dilamar untuk berlakon dalam sebuah filem arahan Sabri Yunus.

Raysha bakal bergandingan dengan beberapa nama besar seperti Fasha Sandha, Taufik Batisah, Khatijah Tan, Yus Jambu dan ramai lagi yang membintangi filem tersebut bertajuk Dukun Doktor Dani terbitan Astro Shaw.

Advertisement

Dalam pertandingan Dewi Remaja 2015, Raysha yang baru sahaja berusia 18 tahun  berjaya menewaskan beberapa orang gadis cantik lain yang lebih berusia darinya seperti Mawar Rashid, Syamim Farid dan ramai lagi.

Jika benar berita tersebut, kami harap Raysha Rizrose dapat membuktikan kepada umum bahawa beliau memang layak untuk mengungguli mahkota Dewi Remaja 2015 dan menyerlahkan lagi bakat beliau. Good luck!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama