Fasha Sandha merupakan aktres yang ckp mementingkan komitment ketika bekerja serta mempunyai disiplin yang sangat tinggi ketika berada di set penggambaran. Fasha juga lantang bersuara dan menegur beberapa pelakon baru sebelum ini yang tidak menepati waktu ketika sama-sama menjayakan drama bersamanya.
Walaubagaimanapun, kali ini Fasha memuji sikap pemenang Dewi Remaja 2015, Raysa Rizrose dalam satu foto di akaun Instagram miliknya. Ibu kepada dua orang anak itu menggemari sikap Raysha yang mahu belajar.
Raysha seorang yang bagus, cantik dan berbakat. Sebagai seorang pelakon baru, Raysha mahu belajar mengenai bidang lakonan dari pelakon senior. Tak ramai pelakon baru yang mempunyai sikap yang willing to learn. Saya harap kerjaya Raysha akan lebih maju lagi selepas ini.
Dalam pertandingan Dewi Remaja 2015, Raysha yang baru sahaja berusia 18 tahun berjaya menewaskan beberapa orang gadis cantik lain yang lebih berusia darinya seperti Mawar Rashid, Syamim Farid dan ramai lagi.
Kalau aktres ternama Fasha Sandha sudah puji Raysha Rizrose maka ini merupakan satu permulaan yang baik buat Raysha, kekalkan imej tersebut dan kami pasti selepas ini anda boleh pergi jauh dalam industri hiburan.