Berdangdut Dengan Penyanyi Wanita, Ketua Kampung Rebah Atas Pentas & Meninggal Dunia

Hiburan

Berdangdut Dengan Penyanyi Wanita, Ketua Kampung Rebah Atas Pentas & Meninggal Dunia

Sedang hanyut berhibur, seorang lelaki yang merupakan ketua kampung tiba-tiba rebah dan meninggal dunia akibat terlalu penat.

Kejadian berlaku di Jember, Jawa Timur, Indonesia ketika mangsa ebrada di atas pentas dan menari dangdut bersama penyanyi jemputan.

Advertisement

Mangsa, Mulyano dilaporkan meninggal dunia kerana badannya letih yang keterlaluan kerana sibuk dengan aktiviti seharian sebagai ketua kampung.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, Mulyano yang menggayakan baju batik sedang menari di atas pentas bersama penyanyi wanita yang memakai gaun.

Ketua kampung berusia 50-an kemudian itu tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia ketika sedang dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Ambulu, Asisten Komisioner Polis Suhartanto, Mulyano ada menghadiri majlis bersama polis pagi kelmarin sebelum bergerak ke rumah saudaranya.

Meskipun begitu, mangsa tetap menghadirkan diri ke acara dangdut di kampungnya itu untuk memenuhi jemputan penduduk setempat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Halloween di Arab Saudi
2022-10-31 11:16:53

"Halal Haram Tak Tahu, Kami Raikan Sebab Seronok" - Penduduk Arab Saudi Sakan Sambut Halloween

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Liputan6