“Halal Haram Tak Tahu, Kami Raikan Sebab Seronok” – Penduduk Arab Saudi Sakan Sambut Halloween

Dunia

“Halal Haram Tak Tahu, Kami Raikan Sebab Seronok”  – Penduduk Arab Saudi Sakan Sambut Halloween

Satu perkara yang mengejutkan ramai pihak terutamanya umat Islam apabila negara Arab Saudi meriah menyambut sambutan Halloween pada tahun ini.

Difahamkan sambutan tersebut di sambut di Boulevard, Riyadh dimana tempat berkenaan diubah menjadi pesta pakaian seram yang dilangsungkan pada Khamis dan Jumaat.

Advertisement

Untuk memasuki tempat berkenaan dengan percuma, pelawat diberikan satu syarat iaitu perlu berpakaian menakutkan ataupun kostum watak menyeramkan.

Halloween di Arab Saudi

Pihak media telah menemubual seorang pengunjung bernama Abdulrahman yang turut hadir pesta berkenaan dengan berpakaian mahkluk mitologi Amerika Utara Wendigo untuk bertanyakan perasaannya.

Menurut Abdulrahman, ini merupakan kali pertama menyambut Halloween di negara Arab Saudi dan meluahkan rasa seronok.

Jujurnya, saya dapat rasa semangat keseronokan. Dari segi haram atau halal, saya tidak tahu mengenainya. Kami raikan hanya untuk keseronokan.

 

Halloween di Arab Saudi

Acara berkenaan turut dimeriahkan dengan bunga api besar-besar dan kesan bunyi khas dan hiasan yang menyeramkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

ZIANA ZAIN
1 year ago

"Anak Dipukul Sehingga Berdarah Muka" - Ziana Zain Dedah Perangai Zalim Bekas Suami, Netizen Kritik Buka Aib?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...