Lebih panas lagi, Salih tidak menafikan wujudnya orang ketiga dan mengakui bekas isterinya itu mula tawar hati dan berubah sikap selepas menghadiri majlis reunion sekolah. Bukan tidak cuba untuk menyelamatkan rumah tangganya tetapi ini mungkin jalan yang terbaik buat mereka.
Bila berita itu tersebar, ramai yang mengatakan kini Salih sudah ada satu lagi tempat kosong  serta boleh mempunyai seorang lagi isteri , namun Salih memberitahu beliau belum bersedia untuk berkahwin dan hanya menyerahkan perkara itu kepada ketentuan takdir.
Dari dahulu lagi, niat saya berkahwin empat bukan kerana mahu mengambil kesempatan yang dibenarkan ajaran Islam.
Sebaliknya saya berkahwin kerana Allah dan mahu mendidik isteri-isteri saya. Jadi, selepas bercerai dengan Raha, tidak bermakna saya kini sedang mencari calon baru untuk diisi ‘slot’ yang kosong itu. Lagipun jodoh dan maut itu adalah ketentuan Allah.
Mungkin pada orang lain, seorang lelaki itu cukup bertuah apabila dapat hidup berpoligami. Walaubagaimanapun, mereka tidak tahu betapa besarnya tanggungjawab seorang suami yang mempunyai ramai isteri.
Nampak mudah saja apabila beristeri ramai, tetapi tanggungjawab sangatlah besar. Dan kita sebagai manusia, ada masanya juga membuat silap.
Tambahan pula, setiap isteri mempunyai sikap dan emosi yang berbeza, maka cara kita bercakap dengan mereka juga berbeza. Sebab itu saya perlu muhasabah diri setiap hari untuk cuba menjadi suami dan ayah yang sempurna.
Orang hanya boleh lihat manisnya hidup berpoligami hanya daripada luarannya sahaja, sebagai ketua keluarga tanggungjawab yang dipikul bukannya mudah dan peritnya hanya mereka sahaja yang tahu.