Bercanggah Tuntutan Agama, JAKIM Panggil Pelakon & Produksi Drama ‘Perempuan Itu’

Hiburan

Bercanggah Tuntutan Agama, JAKIM Panggil Pelakon & Produksi Drama ‘Perempuan Itu’

Tular adegan ‘panas’ dalam drama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil pihak produksi Perempuan Itu berserta pelakon Zul Ariffin dan Siti Hariesa atas aksi yang dilakukan.

Difahamkan aksi yang dibuat dalam drama terbabit sama sekali bercanggah dengan tuntutan agama serta budaya di dalam negara ini.

Advertisement

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, dalam pada masa yang sama, pihaknya juga akan bertemu dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk membincangkan hal ini dengan lebih lanjut.

JAKIM panggil produksi Perempuan Itu

Mengulas lebih lanjut berkenaan aksi ‘panas’ yang dilakonkan itu, beliau berkata hal terbabit sepatutnya tidak dibawa masuk ke dalam negara ini, kerana sedia maklum Malaysia merupakan negara berpegang teguh pada ajaran Islam dan budaya timur.

Sekadar info, selepas pelakon Zul Ariffin memuat naik video teaser drama terbaru berjudul Perempuan Itu yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan, beliau serta pihak produksi telah terima kecaman yang hebat dari netizen kerana memaparkan aksi yang tidak senonoh.

Umie Aida pertahankan kakak
2 years ago

"Motif 'Post' Babak Belum Disunting Sebab Nak 'Viral' Ke?" - Umie Aida Pertahankan Erma Fatima

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...