Tular adegan ‘panas’ dalam drama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil pihak produksi Perempuan Itu berserta pelakon Zul Ariffin dan Siti Hariesa atas aksi yang dilakukan.
Difahamkan aksi yang dibuat dalam drama terbabit sama sekali bercanggah dengan tuntutan agama serta budaya di dalam negara ini.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, dalam pada masa yang sama, pihaknya juga akan bertemu dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk membincangkan hal ini dengan lebih lanjut.
Mengulas lebih lanjut berkenaan aksi ‘panas’ yang dilakonkan itu, beliau berkata hal terbabit sepatutnya tidak dibawa masuk ke dalam negara ini, kerana sedia maklum Malaysia merupakan negara berpegang teguh pada ajaran Islam dan budaya timur.
Sekadar info, selepas pelakon Zul Ariffin memuat naik video teaser drama terbaru berjudul Perempuan Itu yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan, beliau serta pihak produksi telah terima kecaman yang hebat dari netizen kerana memaparkan aksi yang tidak senonoh.