“Berbeza Dengan Kami Dahulu” – ‘Influencer’ Tayang Gaya Hidup Mewah Di MedSos, Aina Pesan Hijabi Agar Tidak Mudah Tertipu

Kehidupan

“Berbeza Dengan Kami Dahulu” – ‘Influencer’ Tayang Gaya Hidup Mewah Di MedSos, Aina Pesan Hijabi Agar Tidak Mudah Tertipu

Pempengaruh media sosial dan juga usahawan AINAA Beauty, Syafiqah Aina tampil memberi nasihat kepada orang ramai untuk tidak mudah terpengaruh dengan gaya hidup ‘influencer’ yang sering menunjukkan kemewahan di media sosial.

Ujar Aina, ramai pensohor kini kerap menayang kemewahan dan pendekatan para-para ‘influencer’ pada zaman kini amatlah berbeza berbanding cara dia dahulu ketika di awal populariti.

Advertisement

Mereka mungkin telah diberi latihan dan pendekatan untuk menunjukkan kemewahan yang dimiliki, malahan gaya hidup mereka juga penting untuk menarik perhatian orang di luar sana untuk mengikutinya, berbeza dengan pendekatan kami berdua dahulu.

Zaman sekarang tidak pernah lari dari kemewahan yang ditayangkan di media sosial, gaya hidup, travel, makan dan media sosial adalah satu platform yang mendidik generasi sekarang.

Suami Aina, Husahawan afiz Mahamad adalah di antara lima calon top 5 Influencer Tergempak Anugerah Gempak Most Wanted 2022 sebelum ini  mengakui mereka berdua turut melalui proses mematangkan diri sebagai seorang ‘influencer’.

Meskipun kedua-duanya gemar berkongsi realiti sebenar kehidupan mereka di media sosial, Hafiz dan Aina tidak pula meminta mereka di luar sana untuk mengikutinya seratus peratus.

Tidak terlepas dari kecaman, pasangan ini juga tidak melatah dan menganggap ia sebagai satu pengajaran dan akan lebih berhati-hati apabila berkongsi sesuatu di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

daud kim, ayana moon farah lee
8 months ago

Youtuber Korea Kontroversi Lancar Tabung Derma Nak Bina Masjid, Ayana Moon & Farah Lee Minta Rakyat Malaysia Jangan Terpedaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hijabista

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...