Youtuber Korea Kontroversi Lancar Tabung Derma Nak Bina Masjid, Ayana Moon & Farah Lee Minta Rakyat Malaysia Jangan Terpedaya

Kehidupan

Youtuber Korea Kontroversi Lancar Tabung Derma Nak Bina Masjid, Ayana Moon & Farah Lee Minta Rakyat Malaysia Jangan Terpedaya

Tular baru-baru ini mengenai kisah Youtuber terkenal yang berasal dari Korea, Daud Kim yang melancarkan tabung derma bagi melunaskan hasratnya untuk membina sebuah masjid di negara itu.

Youtuber Daud Kim buka tabung nak bina masjid

Daud Kim mula menjadi tumpuan setelah bergelar mualaf namun beberapa kontroversi buruk telah melanda dirinya seperti pelecehan seksual, menipu mengenai soal isteri dan anak selain mengabaikan nafkah mereka, kantoi berada di kelab malam dan menggunakan kisah memeluk Islam sebagai konten semata-mata.

Advertisement

Influencer tampil memberi amaran penipuan

Terbaru, lelaki itu ada meluahkan hasrat untuk membangunkan masjid di Incheon dan membuka tabung dana namun ia diragui ramai netizen yang mengikuti kisah Daud Kim sebelum ini.

Ayana moonSumber : X  

Malah, ‘influencer’ terkenal dari Korea, Ayana Moon menerusi Instagram Story miliknya ada memberi ‘amaran’ mengenai isu tersebut dan meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan penipuan yang mungkin berlaku.

Meskipun tidak ditujukan secara langsung kepada Daud Kim, aktivis dan pensohor media sosial Farah Lee turut memberi amaran yang sama dan menasihatkan  orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya menyalurkan derma kepada mana-mana akaun persendirian walaupun atas tujuan dakwah.

Sebagai individu, mengumpul sumbangan melalui akaun bank persendirian secara jelas adalah haram di Korea Selatan. Sekiranya ia dalah penipuan, hampir mustahil untuk mendapatkan semula dana anda.

Paling terbaru, individu tersebut memberitahu seorang wartawan JBTC, ‘Saya merancang untuk membina bangunan yang boleh digunakan untuk tujuan membuat ‘content’, mungkin dengan membina ruangan solat atau seumpamanya di dalamnya’.

Farah juga sebarang usaha murni yang memerlukan pengumpulan dana awam perlu dilakukan bersama NGO berdaftar bagi memastikan pengurusan dana dan audit dana yang telus.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azhar Kasih Iris
2 weeks ago

"Kami Kena Makan Ubat" - Azhar Sulaiman 'Back Up' Anak Salah Nyanyi Lagu Ketipak Ketipung Raya, 'Dedah' Ada Penyakit Keturunan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...