Menjadi kebiasaan apabila sudah bergelar sebagai ibu bapa, sudah pasti kita mahukan yang terbaik buat anak. Lagi-lagi dari segi pendidikan, kerana mahu melihat anak-anak berjaya.
Oleh kerana itu, ada saja pasangan di luar sana tidak berkira dari segi pembayaran yuran yang mahal, asalkan anak-anak mereka dapat membuktikan pencapaian akademik yang bagus.
Seperti seorang wanita di TikTok ini, videonya menjadi tular di platform tersebut kerana mendaftarkan anak lelakinya ke sekolah tadika antarabangsa.
Rasanya dengan perkataan ‘antarabangsa’ pun kita sudah dapat membayangkan kemudahan infrastruktur di tadika berkenaan sememangnya serba mewah dan yuran pembayaran tahunan yang mahal.
Difahamkan dari video yang dimuat naik, kos yang perlu dibayar oleh wanita itu untuk pendidikan anaknya adalah sebanyak RM1.3 juta, bagaimanapun dia sangat berpuas hati kerana anak dapat belajar dengan selesa.
Meninjau di ruangan komen, ada sesetengah netizen merasakan tidak berbaloi untuk wanita itu menghabiskan wang sebanyak itu demi menghantar anak ke tadika antarabangsa, sedangkan duit itu boleh disimpan untuk pendidikan anak di masa hadapan.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga netizen yang menyebelahi tindakan wanita terbabit dan berkata, seandainya dia mampu untuk melabur duit sebanyak itu demi kebaikan anak, itu tidak menjadi sebarang masalah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.