“Mereka Sentiasa Dalam Kubah Perlindungan” – Penyihir Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Ibadah

Kehidupan

“Mereka Sentiasa Dalam Kubah Perlindungan” – Penyihir Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Ibadah

Viral di laman Twitter baru-baru ini, mengenai sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna dikenali sebagai Cahaya Sakinah yang memaparkan pengakuan daripada seorang penyihir wanita dari Rusia.

Menerusi video tersebut, penyihir wanita itu memaklumkan menghantar sihir kepada orang yang meminum alkohol lebih mudah kerana alkohol menurunkan getaran energi sekaligus memudahkan untuk mengambil alih fikiran mereka.

Advertisement

Sebaliknya, sulit untuk mempengaruhi seseorang yang mempunyai fikiran yang tetap bersih seperti orang Islam kerana sering terhubung dengan ‘penjaga’ mereka.

Walaupun sudah menghadapi berbagai agama, penyihir itu mengakui dia mempunyai kesukaran untuk menghantar sihir kepada orang Islam yang menjaga ibadah mereka.

Mereka diwajibkan untuk beribadah setiap hari, maka mereka sentiasa berada dalam semacam ‘kubah pelindung’. Sangat sukar untuk menyerang mereka.

Menurutnya, hal ini berbeza dengan orang Kristian yang hanya datang ke gereja ketika menghadapi kesukaran dalam hidup mereka dan kemudian hilang hubungan dengan tuhan dan ajaran gereja.

Muslim memiliki iman dan hubungan yang kuat dengan pelindung mereka dan pelindung ini sangat protektif. Jadi menyerang muslim yang taat pada agamanya sangat sukar dilakukan.

Tambahnya lagi, dia juga menghadapi kesukaran untuk cuba fokus bagi membayangkan seorang Muslim kerana ada ‘sesuatu’ yang menghalau arus energinya keluar.

Saya dapat membayangkan non-Muslim dengan sangat tepat. Tetapi jika saya pegang foto orang Muslim entah kenapa bayangannya hilang. Itu bermaksud ada sesuatu yang melindungi orang tersebut.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah membuka mata rakyat muslim di Malaysia tentang betapanya pentingnya menjaga ibadah solat, zikir dan doa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Netizen Kena Kencing" - Kantoi 'Page' FB AFN Diego Garcia Curi Gambar Orang Malaysia?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...