Seorang influencer mendapat perhatian ramai selepas dia memuat naik satu video mengikuti trend terkini di TikTok iaitu menunjukkan jumlah komitmen bulanan.
Shaniena Natasya yang juga merupakan seorang usahawan itu mendedahkan perbelanjaan peribadinya dan juga wang yang dikeluarkan untuk membayar pekerjanya.
Berdasarkan hantaran tersebut, Shaniena menyenaraikan kategori dan jumlah wang yang diperuntukkan setiap bulan seperti makanan, beli belah, maintenance, kedai, bayar gaji pekerja dan macam-macam lagi.
Menerusi perkongsiannya itu, dia menghabiskan sebanyak RM13,000 untuk makanan, beli belah untuk melepaskan tension sebanyak RM50,000 malah turut menghabiskan RM600 untuk shisha dan RM200 untuk air mineral Evian.
Meskipun hebat dalam berbelanja, Shaniena juga berkongsi dia tidak lupa untuk menggunakan hasil titik peluhnya untuk menderma sebanyak RM1,000 setiap bulan.
Namun, bukan itu sahaja yang mendapat perhatian tetapi gaji bulanan pembantu peribadinya yang membantu memudahkan kerjanya setiap hari itu juga turut menjadi bualan.
Menurut Shaniena, dia memperuntukkan RM2,200 untuk membanyar pembantu peribadinya dan ia membuatkan ramai netizen terkejut dengan hal tersebut.
Menurut mereka, gaji tersebut sedikit jika nak dibandingkan banyak mana dia peroleh setiap bulan daripada bisnes apatah lagi kerja sebagai seorang personal assistant bukanlah mudah.
Rata-ratanya berpendapat gaji tersebut dikira underpaid untuk kerja-kerja yang dilakukan pembantu peribadinya apatah lagi selepas mereka tahu dia mewah berbelanja.