“Selekeh Nak Mamp*s” – Netizen Loya Cara ‘Influencer’ Reviu Makanan, Nasihat Untuk Turunkan Berat Badan

Kehidupan

“Selekeh Nak Mamp*s” – Netizen Loya Cara ‘Influencer’ Reviu Makanan, Nasihat Untuk Turunkan Berat Badan

Sejak adanya platform media sosial, pengguna bukan hanya menggunakannya untuk hal peribadi, bahkan ada yang menjadikan media sosial sebagai platform utama untuk promosikan perniagaan mereka.

Selalu kita dapat lihat, ramai yang membuat promosi ataupun reviu makanan di media sosial kerana mudah serta cepat untuk orang ramai mengetahui tempat tersebut.

Advertisement

Baru-baru ini, tular satu video reviu makanan di Twitter, namun cara mempromosikan makanan tersebut menjadi perdebatan kerana kelihatan mereka memakan makanan terbabit dengan sangat gelojoh serta rakus.

Netizen berasa geli apabila terdapat seorang lelaki influencer di dalam video itu menjamah makanan tersebut kerana kuah yang ada di daging berkenaan meleleh-leleh dan ia sememangnya membuat netizen ‘kembang tekak’ melihatnya.

Meninjau di ruangan komen, ramai menasihati influencer tersebut untuk bijak memilih cara membuat reviu makanan dengan lebih baik serta senonoh.

komen netizen

komen netizen

komen netizen

Susulan membuat reviu makanan sedemikian, ramai lebih mual melihat cara influencer tersebut makan daripada tertarik untuk mengunjungi restoran berkenaan.

Bukan itu saja, netizen turut menegur lelaki berkenaan untuk menjaga cara pemakanan serta tidak mengambil terlalu banyak makanan kurang sihat kerana bimbang akan mendatangkan banyak penyakit di masa akan datang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

1 year ago

“Tiba-Tiba Tahu Kahwin” - Puteri Sarah Dakwa Syamsul & Ira Bernikah Secara Rahsia Di Thailand

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...