Berat Badan Naik 10KG, Netizen Suruh Watie Salahkan ‘Cinta Hati’ – “Salah Shuib, Siapa Suruh Bagi Kebahagiaan”

Hiburan

Berat Badan Naik 10KG, Netizen Suruh Watie Salahkan ‘Cinta Hati’ – “Salah Shuib, Siapa Suruh Bagi Kebahagiaan”

Sejak dirinya dikaitkan dengan pelawak dan penyampai radio Shuib, media sosial tuan empunya badan bernama Watie Hanifiah sering meraih perhatian ramai netizen.

Apa yang dikongsikan Watie di Instagram akan mendapat komen atau respon yang berkaitan dengan hubungannya dan Shuib.

Advertisement

Apatah lagi, Shuib baru-baru ini mendedahkan berniat untuk membawa hubungan ke fasa yang seterusnya selepas mendapat restu daripada ibunya.

2 years ago

"Saya Boleh Ajak Dia Ke Kubur, Tak Ada Masalah" - Shuib Selesa Dengan Watie, Penyayang & Penyabar Macam Arwah Siti Sarah

Hantaran Watie di Instagram ‘diserang’ netizen yang berseloroh dengannya tentang Shuib selepas dia bertanya siapa yang patut dipersalahkan apabila kini berat badannya bertambah 10 kilogram.

Dari 58kg ke 68kg. Nak salahkan siapa sebenarnya ni?”

Rata-rata warganet mengusik Watie dan berkata kenaikan berat badannya itu mungkin kerana dia sedang bahagia menjalin cinta bersama si dia aka Shuib.

Segelintir turut meminta agar mereka berdua cepat-cepat berkahwin kerana mahu melihat Shuib gembira seperti dulu (ketika bersama arwah Siti Sarah).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...