“Berapa Kos Buat Tu?” – Nur Sajat Selamba Kongsi Pengalaman ‘Sunat’ Ketika Live, Netizen Terhibur

Trending

“Berapa Kos Buat Tu?” – Nur Sajat Selamba Kongsi Pengalaman ‘Sunat’ Ketika Live, Netizen Terhibur

Usahawan sensasi Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas satu rakaman sesi siaran langsungnya tular di media sosial.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik seorang pengguna Threads, individu berkenaan berkongsi sedutan live Sajat yang dilihat sedang bercerita mengenai pengalaman dirinya ‘bersunat’.

Advertisement

Aku nak tergelak la tgk live sajat ni cerita pengalaman dia sunat 😂

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah ruangan komen ketika siaran langsung tersebut apabila warganet dilihat tidak melepaskan peluang bertanyakan pelbagai soalan kepada Sajat.

Antara soalan yang dapat dilihat menerusi rakaman berkenaan ialah mengenai kos prosedur tersebut.

Berapa kos buat tu?

Malah, ada juga yang secara spontan bertanya mengenai hasil prosedur berkenaan.

Mcm mna rupanya…

Gelagat Sajat ketika menjawab dan melayan pertanyaan penonton turut membuatkan ramai terhibur sehingga ada yang meninggalkan emoji ketawa di ruangan komen.

Setakat rakaman tersebut dikongsikan, hantaran di Threads itu telah meraih ribuan tanda suka dan perkongsian serta mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

sajat
2026-09-08 13:29:46

“Sebak Hati Cik Lan…” – Selepas Enam Tahun Berjauhan, Nur Sajat Akhirnya Bertemu Semula Dengan Ibu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads