Pasangan selebriti terkena, Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani akhirnya mendedahkan nama cahaya mata ketiga mereka setelah seminggu dilahirkan.
Perkara tersebut dikongsikan Lisa dan Yusry menerusi Instagram dan difahamkan telah sepakat memilih nama Yunos Laith untuk anak lelaki mereka itu.
View this post on Instagram
“Assalamualaikum. Kami ingin perkenalkan adik kami yang genap berusia tujuh hari. Nama dia Yunos Laith Yusry. Nama Yunos diambil sempena nama nabi dan Laith pula membawa maksud berani seperti sang singa.”
Kelahiran Yunos juga dianggap sebagai anugerah buat mereka sekeluarga kerana si kecil itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Yusry iaitu pada tanggal 15 Jun.
Sementara itu, Lisa juga sempat menitipkan ucapan Hari Bapa buat suami tercinta menerusi sebuah hantaran yang lain.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Terdahulu, Lisa dilaporkan telah selamat melahirkan Yunos pada jam 2.30 pagi pada 15 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Pelakon filem Lagenda Budak Setan itu telah mendirikan rumah tangga bersama Yusry pada 23 Februari 2012 yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne,6, dan Yusof Leonne yang kini berusia empat tahun.