Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Lisa Surihani, Yusry Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga

yusry dan lisa surihani

Paling menggembirakan apabila ada pertambahan ahli baru dalam sebuah keluarga kan? Sejak mengumumkan bakal menimang anak ketiga, para peminat sudah tidak sabar menantikan ahli baru keluarga Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim.

Advertisement

Selepas sekian lama menanti, Yusry telah pun berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak ketiga mereka pada pagi tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby & Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur. Hadiah hari jadi yang tidak dijangka. Selamat datang ke dunia, si bongsu.”

Advertisement

Untuk pengetahuan semua, pasangan ini memiliki dua cahaya mata, Yahaira Leanne (6) dan Yusof Leonne (4) selepas mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012.

yusry dan lisa surihani

Belum lagi berkongsi wajah dan nama anak ketiga tersebut, namun pasangan itu dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan juga peminat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    June 15, 2021 at 7:43 pm

    bagus laa.. artis mcm ni.. baru org hormat.. Aminn.. moga terus istiqamah lisa..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top