“Berak, Tinggalkan ‘Boxer'” – Lelaki Obses Dengan ‘Influencer’ Pecah Masuk Studio Rosakkan Barang & Mengaku Bakal Berkahwin

Trending

“Berak, Tinggalkan ‘Boxer'” – Lelaki Obses Dengan ‘Influencer’ Pecah Masuk Studio Rosakkan Barang & Mengaku Bakal Berkahwin

Perkongsian seorang pempengaruh di akaun Twitter miliknya semalam meraih perhatian ramai warganet terutamanya kaum wanita.

Menerusi hantaran tersebut, Wan Nur Syaira menceritakan tentang kejadian studio miliknya telah dipecah masuk oleh seorang lelaki yang didakwa obses dengannya.

Advertisement

 

Nampak tingkap terbuka

Menceritakan tentang kejadian itu, menurut Syaira berkata dia ternampak tingkap studionya terbuka ketika berada di bawah. Dia kemudian memaklumkan kepada pengawal kerana ketika itu Syaira sudah pun berada di dalam kereta Grab untuk beredar.

Setelah bercakap dengan pihak pengurusan, Syaira dimaklumkan seorang lelaki telah memasuki unit studio miliknya itu.

 

Kencing dan tinggalkan boxer

Apabila Syaira pulang, polis sudah pun berada di unit rumah tersebut bersama lelaki itu. Katanya, lelaki itu sudah lama ‘mengikuti’ Syaira menerusi atas talian dan obses dengannya.

Antara perkara yang dilakukan lelaki itu ketika memecah masuk studio Syaira:

  • Buang barang Syaira ke kawasan parkir melalui balkoni
  • Campak lukisan dihasilkan oleh Syaira dan turut memeberi kepada beberapa restoran di bawah dan mengaku ia adalah hadiah daripadanya
  • Bakar langsir
  • Buang air besar dan tinggalkan boxer
  • Mengaku akan berkahwin dengan Syaira pada hari Ahad akan datang

Bukan itu sahaja, lelaki itu malah turut membuat ‘update’ di Twitter tentang apa yang dilakukannya ketika pecah masuk studio Syaira.

Berdasarkan perkongsian Syaira, lelaki itu telah dibawa ke balai polis pada hari yang sama namun dipercayai telah dibebaskan.

Disebabkan itu, Syaira meminta bantuan ramai untuk mencari lelaki tersebut atau menghubunginya jika ada sesiapa yang mengenali ahli keluarga lelaki berkenaan.

Dia patut dipenjarakan. Perlukan seseorang itu dibunuh baru dia akan terus dipenjara? Dia dibawa ke balai polis, ada bukti dia pecah masuk (studio). Tapi sebaik saja saya sampai rumah, dia masih balas story saya menggunakan akaun anonymous. Kenapa dia masih jalani hidupnya seperti biasa?”

Menurut Syaira, dia bersyukur tiada sesiapa yang tercedera dalam insiden mengejutkan itu. Dia berharap isu sebegini tidak dipandang remeh dan dapat dijadikan pengajaran kepada semua di luar sana.

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai netizen di aplikasi itu di mana rata-ratanya meminta Syaira lebih berhati-hati memandangkan lelaki tersebut masih bebas.

Ada yang mempersoal tindakan pihak polis kerana tidak mengambil serius berkaitan isu ini memandangkan ia membabitkan keselamatan seseorang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu hamil makan ubat putihkan kulit
3 years ago

Makan Ubat Putih Masa Hamil Jadi 'Trend', Pakar Risau Ibu-Ibu Obses Nak Anak Cerah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...