Makan Ubat Putih Masa Hamil Jadi ‘Trend’, Pakar Risau Ibu-Ibu Obses Nak Anak Cerah

Kehidupan

Makan Ubat Putih Masa Hamil Jadi ‘Trend’, Pakar Risau Ibu-Ibu Obses Nak Anak Cerah

Kebiasaan wanita di Malaysia kebanyakkannya sangat ‘obses’ dengan kulit putih hingga sanggup mengambil ubat ataupun rawatan memutihkan kulit mereka dengan tidak membuat pemeriksaan selanjutnya.

Lagi membuatkan isu ini menjadi perbualan ramai apabila di TikTok tersebar mengenai ibu-ibu hamil sudah semakin berani untuk mengambil produk pemutihan dengan berharap agar anak yang bakal dilahir mempunyai kulit cerah.

Advertisement

Biarpun sudah banyak pakar perubatan berkata hal terbabit sememangnya bahaya, namun tetap saja ada founder-founder produk berkenaan menentang pendapat pakar.

Barangkali risau business terjejas dengan pendapat-pendapat yang dikeluarkan, ada juga founder yang melabelkan pakar perubatan ini semua sebagai ‘busuk hati’.

Sedar akan pandangan yang berbeza, seorang doktor menunjukkan kepada orang ramai imbasan dinding rahim seorang wanita bermasalah akibat daripada pengambilan ubat menurunkan berat badan serta putihkan kulit.

komen tiktok

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan kepada doktor berkenaan biarpun dikecam oleh founder-founder yang ada dan dalam pada masa yang sama, mereka mengucapkan terima kasih kepada pakar terbabit kerana telah memberi penjelasan secara umum.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

puteri sarah tak kisah suami kahwin lagi
5 bulan lalu

"Kalau Betul..." - Tersebar 'Rumor' Syamsul Yusof Dah Bertunang, Ini Respon Puteri Sarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...