Benjamin Netanyahu Didakwa Sudah Mat*? Ini Respon Pejabat PM Israel

Dunia

Benjamin Netanyahu Didakwa Sudah Mat*? Ini Respon Pejabat PM Israel

Di tengah konflik yang sedang berlaku di Asia Barat, khabar angin mengenai kematian Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mula tular di media sosial.

Beberapa laporan mendakwa Netanyahu cedera parah dalam serangan udara Iran sebelum meninggal dunia akibat kecederaan tersebut. Namun, Pejabat Perdana Menteri Israel menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai berita palsu serta tidak berasas.

Advertisement

Pegawai pejabat Netanyahu turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat yang tidak disahkan mengenai beliau.

Menurut pejabatnya, spekulasi tersebut timbul selepas terdapat laporan mengatakan Netanyahu tidak muncul dalam sebarang acara awam sejak konflik di Asia Barat bermula.

Pejabat Perdana Menteri Israel kemudian mengeluarkan kenyataan bagi menolak dakwaan berkenaan, termasuk spekulasi bahawa Netanyahu telah dibunuh sebagai tindak balas Iran terhadap serangan Amerika Syarikat dan Israel.

“Ini adalah berita palsu; Perdana Menteri berada dalam keadaan baik,” kata pejabat tersebut kepada agensi berita Anadolu Ajansı.

Kontroversi itu turut tercetus selepas Netanyahu memuat naik sebuah video pada 13 Mac di platform X yang menunjukkan beliau berdiri di podium.

Satu tangkap layar daripada video tersebut menjadi tular apabila sesetengah pengguna media sosial mendakwa tangan kanan Netanyahu kelihatan mempunyai enam jari ketika beliau membuat isyarat.

Ada yang mendakwa imej tersebut dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan menuduh video itu sebagai “deepfake”, sekali gus mencetuskan spekulasi tentang sama ada Netanyahu masih hidup atau video tersebut dihasilkan menggunakan AI.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Malbatt lubnan
2026-03-14 15:06:44

Serangan Udara Berlaku Berhampiran Pos MALBATT Di Lubnan, MINDEF Sahkan Insiden

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : India.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...