“Benda Tu Normal Untuk Pendatang Baru” – Fattah Amin Tampil ‘Back Up’ Adik-Adik Hero Dewi Remaja Tak Pandai Peribahasa

Hiburan

“Benda Tu Normal Untuk Pendatang Baru” – Fattah Amin Tampil ‘Back Up’ Adik-Adik Hero Dewi Remaja Tak Pandai Peribahasa

Ekoran kontroversi tentang finalis HeroDewi Remaja 2023 yang kelihatan gagal menjawab soalan peribahasa apabila ditanya itu telah mengundang salah seorang bekas Hero Remaja 2012, pelakon Fattah Amin untuk memberi komen berkenaan hal ini.

Ujar Fattah, orang ramai tak patut menilai segelintir peserta tersebut memandangkan mereka begitu baru dalam industri seni ini dan agak gemuruh ketika berhadapan dengan orang ramai dan kamera dikeliling mereka.

Advertisement

Saya dulu pun bila on camera dan ditanya banyak soalan rasa gemuruh. Diaorang pun sama, itu kadang terkeluar kata-kata tak sepatutnya.

Benda itu normal untuk pendatang baru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja)

Pada masa yang sama, pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini juga menasihati mereka yang baru menceburi bidang seni ini untuk membuat persiapan terlebih dahulu jika ingin memberi tanggapan yang baik kepada orang luar.

Terdahulu, sebuah video telah tular apabila sesetengah finalis HeroDewi Remaja 2023 terlihat tidak tahu asas peribahasa dan memberi jawapan yang mendatangkan kemarahan netizen.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hero
6 months ago

"Elok Masuk PLKN.." - Jawab Peribahasa Asal Boleh, Pencarian Peserta HeroDewi Remaja 2023 Disangka Tiada Fungsi Jika Bahasa Melayu Pun Tak Reti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...