“Benda Ni Tak Baik Untuk Saya, Tak Baik Untuk Sarah” – Shuib Respon Dakwaan Suaranya Dalam Video Watie

Hiburan

“Benda Ni Tak Baik Untuk Saya, Tak Baik Untuk Sarah” – Shuib Respon Dakwaan Suaranya Dalam Video Watie

Sejak kebelakangan ini, nama pelawak Shuib menjadi bualan hangat di media sosial selepas netizen mengaitkan dirinya dengan wanita dikenali sebagai Watie.

Berdasarkan ‘kajian’ dan ‘pemerhatian’ netizen, mereka mendakwa Shuib dan Watie mempunyai hubungan istimewa selepas kedua-duanya didapati memakai ‘outfit’ sedondon beberapa kali.

Advertisement

Malah, satu video tular di TikTok menunjukkan rakaman lama dari Instagram Watie di mana netizen mendakwa terdengar suara Shuib dan arwah Siti Sarah.

SHUIB WATIE GOLF
3 bulan lalu

"Macam Suara Sarah Ketawa" - Netizen Kata Dengar Suara Shuib Dalam Video Main Golf, Watie Minta Jangan Fitnah!

Pemilik Bubblebee itu kini tampil menafikan dakwaan bahawa dia pernah mempunyai skandal dengan Watie dan berkata suara tersebut tidak sama dengannya.

Saya ingin menafikan khabar angin tidak benar yang sedang berlegar di media sosial buat masa sekarang. Apa yang saya ingin jelaskan, pertama, video tersebut bertarikh 2 April 2019. Ketika itu, saya belum lagi pegang kayu golf.”

@ainmintttttt

? Tiba-Tiba Speed Up – liriklagu?

Jelasnya, dia mula bermain golf pada Mei 2020 ketika kerajaan mula memberikan kelonggaran terhadap individu untuk bermain sukan golf.

Bapa kepada 4 anak itu turut menyifatkan khabar angin yang tersebar sejak kebelakangan ini sebagai satu hal yang kelakar dan tidak adil baginya.

Bunyi perkataan ‘nice’ tu macam suara saya tapi perkataan yang belakang tu bukan suara saya. Tak sama langsung.”

Menurut Shuib lagi, sesiapa sahaja boleh meniru suara dan ia hanya kebetulan bahawa suara lelaki di dalam video berkenaan mirip dengannya.

Bukan itu sahaja, Shuib turut berkata apa yang berlaku ini tidak adik untuknya dan juga arwah isteri.

Not fair, tak baik untuk saya, tak baik untuk Sarah. Boleh scroll balik IG saya dan cari bila pertama kali saya main golf.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Ilaaa

    September 15, 2022 at 11:24 am

    Korang ingat tak dulu ada kes Macau Scam dato yg kena tangkap and nama wife dia Datin Alyaa Suhaila? Yg Shuib pon kena tangkap jugak kejap utk bantu siasatan tuu. Rasanya Shuib kawan Dato tu kot. Datin Alyaa Suhaila tu bestfriend dia si Watie niii. Haaaa saja jelah nak inform kihkih

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...